Tuesday, July 23, 2013

Corat-coret iftar 2013

Salam Ramadhan ke-14 to all...

Harini sy bersiaran dr Library Chikushi Campus, Kyushu Uni..Ada power cut pulak kat building lab sampai pukul 12 tghari..So, stay kat library jap la sambil jd Fb & blog stalker. Nak baca journal punyer la malas..walhal banyak je yg kena baca..huhu

Okay, entry kali ni sy nak 'story-mory' ayat apekah ini about my Iftar activities for this year. Setakat 13 hari puasa ni, kami tiga beranak hanya sekali berbuka di rumah..lagi 12 kali berbuka di masjid. Seronok jugak berbuka di masjid ni. Dapat sembahyang berjemaah dan berbuka bersama2 dengan rakan yang lain. Tapi sebenarnya myHusband sian kat bini dia yang penat balik dr lab ni..hehe okay jugak dia ajak Iftar di masjid..Rasanya kali terakhir berbuka di masjid masa student undergrad kat UKM dlu..dah lama sgt.


*Kaum ibu bersama anak2 tersayang sedang berbuka puasa*
Kalau daily iftar, selalunya menu standard adalah setalam nasi yang dicampur kari ayam/daging/dalca. Tapi selalunya, makan kurma, minum air and buah dulu sembahyang maghrib then baru makan nasi. Alhamdulillah kami bersyukur dengan rezeki dari mu ya Allah..Lepas makan kami akan bergotong royong pulak ikut giliran community utk bersihkan masjid after iftar. Seronok pulak kan sembahyang, makan dan gotong royong dijalankan secara berjemaah..I'll miss these momments some day...
 
Sabtu yang lepas pula, kami kami kaum ibu di Hakozaki ditugaskan menyediakan 50 bentou nasi ayam utk program masjid bersama org jepun (nihonjin-dlm bahasa jepun) yang bukan islam. xpasti sgt detail content program tersebut tapi sort of mendekatkan mereka dengan islam. InsyaAllah semoga hati2 mereka diberi hidayah oleh Allah SWT utk masuk islam..Aminn..
 
50 bentou nasi ayam siap untuk dihantar ke utk program masjid hasil rewang kaum ibu yang cantik jelita
*Close-up nasi ayam yang lazat*
Every weekend on Sunday akan ada grand iftar by different community. Malaysian punya turn grand iftar ahad yang lepas. So, tahun ni kami telah sepakat untuk menyediakan 400 bentou nasi minyak+ayam goreng berempah+dalca+jelatah & kuih muih..Me, Kak linda, Giha & Kak Nurul ditugaskan utk buat dalca and alhamdulillah berjaya siap sebelum pukul 4 ptg untuk di hantar ke masjid. Maaf la xsempat nak snap pics byk2 masa Malaysian grand iftar sbb busy skit kena bertugas.
 


*Bentou grand iftar dari komuniti Indonesia*


*Dalca untuk grand iftar kumuniti Malaysia*
*Dalca ready utk dihantar ke masjid untuk santapan 400 org*
*Mama+Waddah*

Alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah kerana kau masih mengizinkan kami untuk menjalani ibadah berpuasa sehingga ke hari ini..Amin.. Okaylah sampai di sini dulu entry kali ini..dah nak masuk zohor ni..disebabkan prayer room kat building yg sama dgn librrary, so mari solat zohor dlu then balik lab utk meneruskan kerja2 yang tertunggak n xtau la bila nak selesai..PhD oh PhD..semoga Allah permudahkan jihad untuk mencari ilmu oleh hamba mu yang kerdil ini..Aminn..InsyaAllah kalau ada masa n ruang akan saya update aktiviti penggal kedua ramadhan bagi tahun ini di lain entry..Jangan lupa baca Al-Quran yer kawan2 ;) ingatan utk diri sendiri jugak..hehe







No comments:

Post a Comment